Shinzo Abe meninggal dunia - NHK

Astro Awani
Julai 8, 2022 17:03 MYT
Agensi berita Jepun, NHK melaporkan, berita sedih itu disahkan oleh seorang sumber LDP. - Gambar fail
TOKYO: Bekas Perdana Menteri Shinzo Abe dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 5.03 petang (waktu tempatan) selepas ditembak di bandar Nara, barat Jepun hari ini.
Agensi berita Jepun, NHK melaporkan, berita sedih itu disahkan oleh seorang sumber parti Demokratik Liberal (LDP).

[Breaking News] Officials say former Japanese Prime Minister #Abe Shinzo has been confirmed #dead. He was reportedly #shot during a speech on Friday in the city of #Nara, near Kyoto.https://t.co/bZpiKm8wIN

— NHK WORLD News (@NHKWORLD_News) July 8, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu media tempatan melaporkan seorang lelaki berusia dalam lingkuan 40-an telah ditahan polis susulan insiden tembakan melibatkan Shinzo..
Menurut agensi berita tempatan Jepun, lelaki berkenaan dikenali sebagai Tetsuya Yamagami, seorang anggota Tentera Laut atau The Japan Maritime Self-Defense Force.
Agensi berita antarabangsa BBC melaporkan, Yamagami telah melepaskan dua tembakan terhadap bekas Perdana Menteri Jepun itu, mengakibatkan Abe rebah dan memegang dadanya yang jelas berlumuran darah.
Difahamkan insiden tersebut berlaku pada 11.30 pagi Jumaat, waktu tempatan, ketika Abe sedang memberi ucapan sempena kempen pilihan raya Dewan Negara di hadapan penduduk di bandar Nara, barat Jepun.
Abe, 67, merupakan Perdana Menteri yang paling lama memegang jawatan, antara 2006 hingga 2007, dan 2012 hingga 2020.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kabinet di bawah era Junichiro Koizumi pada September 2005.
#Shinzo Abe #meninggal dunia #Perdana Menteri Jepun #insiden tembakan
;