Shinzo Abe bakal diumumkan PM Jepun yang baru

Astro Awani
Disember 26, 2012 12:33 MYT
Pemimpin berhaluan konservatif Jepun Shinzo Abe bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri Jepun Rabu.
Dewan rendah negara itu akan menamakan pemimpin berusia 58 tahun itu sebagai Perdana Menteri hari ini susulan kemenangan parti Liberal Demokratik dalam pilihan raya awal bulan ini.
Sebagai perdana menteri ketujuh Jepun dalam tempoh kurang daripada tujuh tahun , Abe akan menggantikan perdana menteri Yoshihiko Noda dimana Parti Demokratik yang dipimpinnya mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya.
Parti Demokratik yang berkuasa sejak 2009 itu menerima kritikan hebat serta dipersalahkan atas bencana atom di Fukushima dengan pengendalian yang tidak efisyen sepanjang tahun lepas.
Seperti dijangkakan Noda dan kabinetnya meletakkan jawatan secara serentak.
Abe yang sebelum ini pernah menyandang jawatan Perdana Menteri pada 2006 hingga 2007 dilihat bakal membentuk kabinet baru dan merangka bajet tambahan untuk meransang ekonomi negara yang lesu itu.
Taro Aso yang merupakan bekas Perdana Menteri di Jepun juga dikatakan akan menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Abe sendiri merangkap Menteri Kewangan.
Abe sebelum ini berikrar untuk mendesak bank pusat Jepun mengambil langkah-langkah melonggarkan peraturannya bagi membantu dasar pertumbuhan selain mengharapkan peruntukan kerajaan yang besar bagi meransang ekonomi.
#ekonomi #Fumio Kishida #Parti Demokratik #Pemimpin konservatif #Shinzo Abe #Yoshihiko Noda
;