Shanghai catat korban H7N9 tertinggi

Astro Awani
April 12, 2013 22:01 MYT
Lima lagi kes wabak selsema burung H7N9 dilaporkan di Shanghai manakala tiga lagi di dua bandar dekat wilayah Jiangsu.
Perkembangan itu menjadikan jumlah mangsa yang dijangkiti mencecah 38 orang dengan jumlah kematian mencecah 10 nyawa.
Shanghai mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 18 kematian.
Korban terbaru di bandaraya berkenaan membabitkan warga emas berusia 74 tahun yang disahkan positif H7N9 pada malam Khamis lalu.
Di wilayah Jiangsu, sehingga dua kes terbaru dilaporkan dimana ia membabitkan seorang pekerja restoran berusia 31 tahun dan guru berusia 56 tahun. Kedua mereka dilapor berada dalam keadaan kritikal.
Bagaimanapun 56 lagi yang mempunyai hubungan rapat dengan mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda dijangkiti virus itu.
Secara keseluruhan wilayah berkenaan mencatatkan 12 kes jangkitan dengan satu kematian.
Dalam usaha mengekang virus daripada merebak, pihak berkuasa kesihatan Shanghai, Jiang Su dan Zhejiang bersetuju untuk membentuk satu pendekatan ke arah usaha bersama bagi mengawalnya daripada merebak.
#H7N9 #lima kematian #selesema burung #wabak
;