Shahbaz Sharif sambut baik keputusan EU keluarkan Pakistan daripada senarai negara berisiko tinggi

Bernama
Mac 30, 2023 17:02 MYT
Ia juga mencerminkan keazaman kerajaan yang tidak berbelah bahagi untuk mengukuhkan lagi rejim antipengubahan wang haram dan antipembiayaan keganasan. -Gambar fail/ AP
ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan Shahbaz Sharif pada Rabu menyambut baik keputusan Kesatuan Eropah (EU) mengeluarkan negara itu daripada senarai negara ketiga berisiko tinggi dan berharap perkembangan penting itu akan membawa manfaat kepada negara dan rakyatnya.
"Keputusan itu merupakan perkembangan penting yang akan memudahkan perniagaan, individu dan entiti kami," lapor Xinhua memetik kenyataan perdana menteri itu di media sosial.
Beliau berkata ia juga mencerminkan keazaman kerajaan yang tidak berbelah bahagi untuk mengukuhkan lagi rejim antipengubahan wang haram dan antipembiayaan keganasan.
EU sebelum ini mengeluarkan Pakistan daripada senarai negara yang kesatuan sekerjanya tidak mempunyai rangka kerja strategik dalam pencegahan pengubahan wang haram dan pembiayaan memerangi keganasan.
-- BERNAMA
#Kesatuan Eropah #Pakistan #Shahbaz Sharif #senarai negara ketiga berisiko tinggi
;