Shahabuddin angkat sumpah sebagai presiden baharu Bangladesh

Bernama
April 24, 2023 17:09 MYT
Mohammad Shahabuddin Chuppu, 74, mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Bangladesh pada Isnin menjelang pilihan raya umum negara itu pada 2024. - Gambar fail/FB Md Shahabuddin Chuppu
DHAKA: Mohammad Shahabuddin Chuppu, 74, mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Bangladesh pada Isnin menjelang pilihan raya umum negara itu pada 2024.
Beliau mengangkat sumpah sebagai presiden ke-22 pada satu majlis di kediaman rasmi presiden di Bangabhaban.
Turut hadir pada majlis itu, Perdana Menteri Sheikh Hasina, ketua hakim negara dan, ahli Kabinet.
Shahabuddin diisytiharkan sebagai presiden oleh Suruhanjaya Pilihan Raya pada Februari selepas menang tanpa bertanding Bangladesh.
Beliau dicalonkan oleh parti pemerintah parti Liga Awami (AL).
-- BERNAMA
#Mohammad Shahabuddin Chuppu #angkat sumpah #presiden baharu bangladesh #pilihan raya umum
;