Setiausaha Negara Amerika kembali ke Israel Jumaat ini

Agensi
Oktober 31, 2023 07:10 MYT
Gambar fail pada 12 Oktober lalu menyaksikan Antony Blinken (kiri) dan Benjamin Netanyahu mengadakan sidang media bersama selepas kedua-dua pemimpin itu bertemu di Tel Aviv. - Gambar REUTERS
WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken dilaporkan akan sekali lagi berkunjung ke Israel pada
Jumaat ini.
Blinken dijangka mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai kanan kerajaan Israel selain membuat beberapa kunjungan lain di rantau berkenaan.
Bagaimanapun, belum jelas sama ada Blinken akan mengadakan pertemuan dengan pegawai kerajaan Palestin dalam kunjungan beliau kali ini.
Ini merupakan kunjungan kali kedua Setiausaha Negara AS itu dalam masa tiga minggu sejak tercetus perang antara Israel dan Hamas. - Agensi
#Perang Palestin-Israel #setiausaha negara Amerika Syarikat #Antony Blinken #israel serang gaza
;