Setahun Gaza berdarah, kumpulan pro-Palestin protes di Buenos Aires, Lima

Agensi
Oktober 8, 2024 10:15 MYT
Kumpulan pro-Palestin turun ke jalanan di Buenos Aires dan Lima sebagai memperingati ulang tahun pertama serangan Israel terhadap Hamas yang mencetuskan konflik di Gaza pada Isnin. - Foto REUTERS
BUENOS AIRES: Kumpulan pro-Palestin turun ke jalanan di Buenos Aires dan Lima sebagai memperingati ulang tahun pertama serangan Israel terhadap Hamas yang mencetuskan konflik di Gaza pada Isnin.
Di acara itu, peserta di kedua-dua bandar berarak sambil mengibarkan bendera Palestin dan melaungkan slogan menyokong perjuangan Palestin.
Peserta juga mengecam keganasan berterusan dan menyeru agar tindakan ketenteraan Israel di Gaza dihentikan.
Di Buenos Aires, para demonstrasi berkumpul di dataran Plaza de Mayo, manakala di Lima, penunjuk perasaan pro-Palestin berarak di sepanjang jalan raya di pusat bandar.
Serangan ketenteraan Israel ke atas Gaza telah membunuh hampir 42,000 rakyat Palestin, menurut kementerian kesihatan Gaza.
Sementara itu, serangan juga telah menyebabkan hampir semua daripada 2.3 juta penduduk kawasan itu terpaksa berpindah, mengakibatkan krisis kebuluran dan mencetuskan tuduhan genosid di Mahkamah Dunia namun dinafikan oleh Israel.
#Penunjuk perasaan #Buenos Aires #Lima #protes
;