Setahun Gaza berdarah: Israel dakwa sedia terima kemungkinan kembali diserang Hamas
Agensi
Oktober 6, 2024 07:10 MYT
Oktober 6, 2024 07:10 MYT
TEL AVIV: Tentera Israel mendakwa, mereka sedang bersiap sedia untuk kemungkinan diserang oleh pasukan pejuang Palestin, Hamas pada ulang tahun pertama serangan itu yang mula tercetus pada 7 Oktober 2023.
Jurucakap antarabangsa Angkatan Pertahanan Israel (IDF), Nadav Shoshani berkata, sehubungan itu, Israel akan meningkatkan lagi langkah keselamatan tambahan di seluruh negara pada Isnin.
“Kami tahu (Hamas) mempunyai kecenderungan untuk mencuba dan melakukan serangan pengganas pada tarikh simbolik seperti ini … dan itulah sebabnya kami bersiap sedia untuk itu, menambah pasukan di selatan dan bersiap sedia untuk perkara seperti itu,” dakwa beliau kepada pemberita pada Ahad.
Dakwa Shoshani lagi, Hamas telah melancarkan roket dari Gaza ke selatan Israel pada hari Ahad, sehari sebelum ulang tahun.
Ditanya oleh CNN mengenai kebolehan Hamas untuk terus menembak roket ini ke selatan dan Tel Aviv, Shoshani mendakwa, jumlah roket yang ditembak telah "menurun secara mendadak."
“Hamas mempunyai berpuluh-puluh ribu roket. Hezbollah mempunyai sekitar 150,000 roket. Sekalipun, kita telah melihat kemajuan yang drastik, masih ada jalan yang perlu ditempuh.
“Kita telah melihat angka menurun secara drastic, jumlah roket yang dilancarkan dari Gaza ke Israel telah menurun secara mendadak,” ujar Shoshani lagi.
Shoshani berkata, Israel membuka dua laluan pemindahan untuk orang yang melarikan diri daripada operasi baharu itu. - Agensi