Serpihan kapal penjelajah kutub 'Endurance' yang karam pada 1915 ditemui

Hafizi Rosli
Mac 10, 2022 08:10 MYT
Serpihan kapal penjelajah kutub, Ernest Shackleton iaitu 'Endurance' yang karam disebabkan ais Antartika satu abad lalu ditemui kira-kira 3,000 meter di dasar laut - Foto AP
LONDON: Serpihan kapal penjelajah kutub, Ernest Shackleton iaitu 'Endurance' yang karam disebabkan ais Antartika satu abad lalu ditemui kira-kira 3,000 meter di dasar laut.
Kapal layar dengan tiga tiang itu dilaporkan hilang pada November 1915 ketika misi Shackleton untuk membuat lintasan darat pertama Antartika.
Percubaan sebelum ini untuk mencari lokasi bangkai kayu sepanjang 144 kaki itu gagal susulan keadaan Laut Weddell yang dilitupi ais dibawahnya.
Walau bagaimanapun, misi yang diberi nama 'Endurance22' ini diusahakan Falklands Maritime Heritage Trust.
Ia menggunakan kenderaan bawah air termaju dipanggil Sabertooths yang dipasang dengan kamera dan pengimbas definisi tinggi, berjaya mengesan bangkai kapal berkenaan.

Endurance is Found pic.twitter.com/e8VxYhmUCb

— Endurance22 (@Endurance_22) March 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rakaman menunjukkan kapal itu dalam keadaan yang sangat baik, dengan namanya jelas kelihatan.
"Kami sangat gembira dapat menjumpainya. Ini adalah kapal kayu yang terbaik yang pernah saya lihat. Ia kukuh walaupun berada di dasar laut," jelas Pengarah Ekspedisi, Mensun Bound.

This is by far the finest wooden shipwreck I have ever seen. It is upright, well proud of the seabed, intact, and in a brilliant state of preservation. You can even see Endurance arced across the stern. This is a milestone in polar history." - Mensun Bound pic.twitter.com/zMp3Lu03IN

— Endurance22 (@Endurance_22) March 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Donald Lamont, Chairman of the Falklands Maritime Heritage Trust: "Our objectives for Endurance22 were to locate, survey and film the wreck, but also to conduct important scientific research, and to run an exceptional outreach programme." pic.twitter.com/KCo5sGbQ6w

— Endurance22 (@Endurance_22) March 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walaupun terkandas di atas ais, krew 'Endurance' seramai 28 orang berjaya pulang ke tanah air dan mereka dikenali dengan satu kisah kelangsungan hidup yang hebat dalam sejarah manusia.
Mereka merentasi lautan ais, hidup seperti anjing laut dan penguin, sebelum belayar dengan tiga bot penyelamat dan sampai ke Pulau Gajah yang tidak berpenghuni.
Dari sana, Shackleton dan segelintir anak kapal mendayung kira-kira 800 batu (1,300 km) menaiki bot penyelamat James Caird ke Georgia Selatan, di mana mereka meminta bantuan daripada stesen penangkapan ikan paus.
Pada percubaan menyelamat keempatnya, Shackleton berjaya kembali untuk menjemput anak kapal yang lain dari Pulau Gajah pada Ogos 1916, dua tahun selepas Ekspedisi Imperial Trans-Antartiknya meninggalkan London.
#kapal #ekspedisi Antartika #karam #Ernest Shackleton
;