Serpihan dari pesawat menimpa kawasan perumahan

Astro Awani
Ogos 11, 2019 07:51 MYT
Penduduk menunjukkan serpihan dari pesawat yang jatuh di sekitar kejiranan mereka. -Foto Twitter @AeronewsRO
Beberapa rumah dan kereta mengalami kerosakan akibat terkena serpihan yang jatuh daripada sebuah pesawat Boeing 787 berhampiran lapangan terbang Fiumicino di Rom, Itali pada Sabtu.
Agensi berita Itali, Ansa melaporkan bahawa serpihan jatuh dari Boeing 787 yang beroperasi untuk syarikat penerbangan kos rendah Norway sejurus berlepas.
Rakaman menunjukkan penduduk tempatan menemukan serpihan pesawat tersebut yang turut menyebabkan kerosakan pada cermin kereta di kawasan Fiumicino.
Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

Bits from the left engine of a 787-8 Dreamliner (LN-LND) Norwegian which took of from Rome for LAX fell in the Isola Sacra region of Fiumicino. The 787 (298 pax) returned to FCO, landed safely. No injuries on the ground, but a few cars damaged. https://t.co/6Cq3eULgs1 @JacdecNew pic.twitter.com/IZEz5lhE8A

— Aeronews (@AeronewsRO) August 10, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pesawat itu kembali ke lapangan terbang sejurus berlepas pada 4.30 petang waktu tempatan akibat masalah teknikal.
Kesemua 298 penumpang pesawat itu dilaporkan selamat.
#298 penumpang pesawat #alami kerosakan #Boeing 787 #Fiumicino #masalah teknikal #serpihan pesawat
;