Sering sakit kepala, rupanya labah-labah bersarang dalam telinga
Agensi
Jun 11, 2017 12:14 MYT
Jun 11, 2017 12:14 MYT
MENGADU kerap sakit kepala, seorang wanita terkejut apabila mengetahui kesakitan yang dihidapinya selama ini berpunca daripada seekor labah-labah yang berada di dalam telinganya.
Lekshmi L, 49, dari Hebbal mengaku telinganya sering berasa ngilu menyebabkan dia tidak selesa untuk bergerak.
Labah-labah itu akhirnya berjaya dikeluarkan selepas doktor pakar ENT di Hospital Columbia Asia menyuluh lampu ke dalam telinga Lekshmi.
Tidak diketahui berapa lama labah labah tersebut telah bersarang di dalam telinganya.
Menurut doktor yang merawatnya, adalah sangat sukar untuk mengeluarkan serangga yang hidup di dalam organ atau deria manusia.