Sering iringi PM, penterjemah bahasa isyarat New Zealand dapat perhatian

Agensi
Mac 23, 2019 12:40 MYT
Alan Wendt menyampaikan setiap isi ucapan Ardern dalam bahasa isyarat. - YouTube
DI SEBALIK perhatian dunia terhadap Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, turut menerima tempias adalah seorang lelaki bernama Alan Wendt.
Tatkala Ardern muncul membuat pengumuman atau sidang media, Wendt berada di sisinya, menyampaikan setiap isi ucapan Ardern, dalam bahasa isyarat.
Bahasa isyarat adalah salah satu daripada tiga bahasa rasmi New Zealand, selain Bahasa Inggeris dan Māori, bahasa yang digunakan oleh penduduk pribumi New Zealand.
BACA: Imej Jacinda Ardern berselendang dipancar di Burj Khalifah
Ardern mengiktiraf Minggu Bahasa Asing pada Mei 2018 apabila mengeluarkan video dirinya menggunakan bahasa isyarat, selain turut menggunakan penterjemah bahasa isyarat dalam setiap sidang media mingguannya.
Beliau menerima pujian ramai berhubung sikap dan kebijaksanaan yang ditunjukkannya dalam menangani tragedi tembakan rambang di dua masjid di Christchurch pada 15 Mac lalu.
BACA: Undang-undang senjata api New Zealand akan dipinda
Namun ramai melihat kehadiran Wendt yang hadir sebagai penterjemah bahasa isyarat sebagai satu lagi usaha yang berjaya menunjukkan New Zealand adalah sebuah negara yang inklusif dan "bersatu dalam kesedihan".
"Ia menunjukkan keprihatinan New Zealand dan bagaimana mereka sensitif dengan setiap keperluan masyarakat," kata seorang pengguna Twitter.
BACA: PM New Zealand Jacinda Ardern terima ugutan bunuh
#Alan Wendt #bahasa Inggeris #bahasa isyarat #bahasa rasmi #Jacinda Ardern #M ori #Minggu Bahasa Asing #New Zealand #penduduk pribumi #penterjemah #Perdana Menteri #tembakan #tragedi #Twitter #video
;