Serangan Westminster: Seorang wanita disahkan meninggal dunia
Agensi
Mac 22, 2017 00:56 MYT
Mac 22, 2017 00:56 MYT
Seorang wanita disahkan meninggal dunia selepas insiden pengganas berdekatan Parlimen Britain.
Agensi Berita British Press Association memetik kenyataan seorang doktor di Hospital St Thomas yang juga berkata masih ramai yang tercedera, termasuk kecederaan yang sangat serius.
Wartawan Reuters yang berada di dalam bangunan parlimen pula melaporkan mereka mendengar satu letupan kuat, dan susulan itu kelihatan sekurang-kurangnya sedozen orang cedera teruk dan terbaring di atas jambatan Westminster.
Polis mengklasifikasikan kejadian sebagai serangan pengganas.