Serangan Westminster: Penyerang warga British, dikenali unit risikan - May

Reuters
Mac 23, 2017 19:42 MYT
Penyerang yang melakukan serangan maut di bangunan Parlimen pada Rabu dilahirkan di Britain dan memang dikenali perkhidmatan perisikan. -Gambar fail
Penyerang yang melakukan serangan maut di bangunan Parlimen pada Rabu dilahirkan di Britain dan memang dikenali perkhidmatan perisikan, kata perdana menteri Theresa May.
"Saya mengesahkan bahawa lelaki itu adalah kelahiran Britain dan beberapa tahun lalu dia pernah disiasat oleh MI5 berhubung dakwaan keganasan," katanya kepada ahli Parlimen.
"Peranannya kurang penting," katanya.
"Kes ini bersejarah, dia bukan dalam senario perisikan semasa."
Beliau berkata tiada sebarang risikan berhubung niat dan juga perancangannya.
"Identitinya akan didedahkan setelah diberi kebenaran," katanya.
Polis menahan lapan orang dalam siasatan ke atas penyerang yang membunuh tiga orang termasuk seorang anggota polis dan mencederakan 40 yang lain sebelum ditembak mati ketika cuba untuk memasuki bangunan Parlimen.
Andrew Parker, Ketua Pengarah perkhidmatan perisikan domestik MI5, sebelum ini berkata operasi agensi itu digerakkan sepenuhnya bagi menyokong pasukan polis.
"Kami berganding bahu dengan rakan pasukan polis, bersedih atas kehilangan seorang anggota mereka, namun menyanjung tinggi tahap profesionalisme yang ditunjukkan," katanya dalam satu kenyataan.
#bangunan Parlimen #serangan westminster #Theresa May #warga british
;