Serangan Westminster: Ingatan PM Theresa May pada mangsa yang terkorban
Agensi
Mac 22, 2017 03:12 MYT
Mac 22, 2017 03:12 MYT
Perdana Menteri Britain, Theresa May menyatakan beliau menghormati semua mangsa yang terkorban dalam serangan di luar bangunan Parlimen di Westminster pada petang Rabu.
May yang dilaporkan selamat kini mendapat perkembangan terkini berhubung kejadian berdarah tersebut, menurut Pejabat Perdana Menteri pada Rabu.
Empat orang dilaporkan terkorban dan sekurang-kurangnya 20 individu tercedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di Jambatan Westminster selepas penyerang didakwa menikam seorang anggota polis di bangunan Parlimen dalam insiden itu.
LAPOR LANGSUNG DI SINI
"Ingatan PM dan kerajaan adalah bersama mereka yang terkorban dan keluarga mereka dalam insiden mengejut ini," kata pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan itu.
"Perdana Menteri kini menerima perkembangan insiden dan akan mempengerusi mesyuarat COBR," kata kenyataan itu lagi.