Serangan Turki: Apa yang diketahui setakat ini

Madiha Abdullah
Jun 29, 2016 10:58 MYT
Angka korban setakat ini ialah 36 orang, manakala 147 orang cedera.
Dua minggu selepas tragedi berdarah di Orlando, Florida, dunia dikejutkan lagi. Turki terus menjadi sasaran pengganas dan kali ini, Lapangan Terbang Ataturk, Turki, menjadi pilihan mereka.
1. Tiga pengebom yang memakai vest letupan bertindak meletupkan bom yang dibawa mereka di pintu lapangan terbang tersebut.
2. Penyerang terlebih dahulu menembak pengawal keselamatan yag bertugas
3. Saksi mendakwa kesemua penyerang berpakaian hitam dan menggunakan senapang AK-47
4. Angka korban setakat ini ialah 36 orang, manakala 147 orang cedera
5. Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim, berkata kumpulan Daesh kemungkinan besar bertanggungjawab dalam serangan itu
6. Yildirim turut memaklumkan ramai yang cedera adalah pelancong luar dan mengalami kecederaan ringan
7. Facebook telah mengaktifkan ciri Safety Search kira-kira dua jam lalu untuk memudahkan keluarga dan rakan-rakan mengenalpasti kedudukan dan keselamatan orang tersayang
8. Lapangan Terbang itu sudah kembali dibuka sejam yang lalu, menurut laporan The Guardian.
9. Pesawat yang membawa rombongan Perdana Menteri Albania, Edi Rama, dilaporkan sedang mendarat ketika serangan itu, namun rombongan itu selamat dan telah dibawa ke hotel penginapan.
10. Beberapa pemimpin dunia mengutuk serangan berkenaan, antaranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan calon Presiden Amerika Syarikat, Hilary Clinton.

Malaysia condemns in the strongest terms the cowardly attack in Istanbul. My deepest condolences to the people of Turkey.

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) June 29, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#UNSG Ban Ki-moon condemns terrorist attack at #Istanbul airport. https://t.co/fHjlFVdUi2

— UN Spokesperson (@UN_Spokesperson) June 28, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"All Americans stand united with the people of Turkey against this campaign of hatred and violence." illary pic.twitter.com/QmSccJvcV0

— Hillary Clinton (@HillaryClinton) June 28, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Yet another terrorist attack, this time in Turkey. Will the world ever realize what is going on? So sad.

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) June 28, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
11. Hashtag #istanbul mula digunakan netizen sebagai tanda solidariti
#Istanbul #lapangan terbang #pengebom bunuh diri #serangan bom
;