Serangan Tunisia: 13 mangsa terbunuh masih belum dapat dikenal pasti
Agensi
Jun 30, 2015 09:53 MYT
Jun 30, 2015 09:53 MYT
Kementerian Kesihatan Tunisia memaklumkan identiti 13 daripada 38 mangsa terbunuh belum dapat dikenal pasti secara rasmi dalam serangan di Pusat Peranginan Sousse, Tunisia, Jumaat lalu.
Antara 25 jasad yang dikenal pasti, 17 daripadanya adalah warga Britain, tiga warga Ireland, dua warga Jerman dan satu dari Rusia, Portugal dan Belgium.
Kementerian memaklumkan bahawa proses pengesahan akan diselesaikan dalam masa terdekat.
Difahamkan, mayat mangsa akan diterbangkan ke negara masing-masing pada Selasa, secara berperingkat.
Serangan yang didakwa dilakukan oleh kumpulan militan IS kali ini adalah yang kedua terjadi di kawasan Wisata Tunisia.
Pada serangan Mac lalu, kumpulan militant IS membunuh lebih dari 20 orang awam di ibu kota Tunisia, Tunis.