Serangan pengganas Christchurch: Lawatan ke tapak Perang Salib kuatkan radikalisasi Tarrant
Shafizan Johari
Mac 18, 2019 11:06 MYT
Mac 18, 2019 11:06 MYT
KUNJUNGAN Brenton Tarrant ke lapan negara termasuk ke tapak-tapak Perang Salib dari 2016 ke 2018 menguatkan proses radikalisasinya sehingga membawa kepada tindakan ganas di Christchurch, Jumaat lalu.
"Apabila dia pergi melawat ke tempat-tempat itu, sebenarnya adalah untuk memperkuatkan lagi fahaman dan proses pengumpulan ideologi," kata pengkaji fahaman ekstrimisme dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Ahmad El-Muhammady.
Ahmad turut menyatakan Tarrant menunjukkan bahawa di sudah mengalami proses radikalisasi menerusi empat fasa dari fasa kognitif, emotif, kepercayaan dan tindakan.
"Pemikirannya sudah radikal, emosinya juga. Dari segi fahaman, jelas dia sudah radikal dari segi penulisan," katanya.
Pada masa sama, Ahmad memberi amaran bahawa mana-mana negara tidak boleh berasa selesa walaupun negara terbabit dilabelkan sebagai negara aman.
"Radikalisasi boleh berlaku dalam mana-mana masyarakat sekalipun kerana agama bukan jadi faktor pendorong kepada tindakan keganasan," jelasnya.
Beliau juga menyatakan ini bukan isu pertentangan antara kumpulan pelampau berkulit putih menentang umat Islam.
Ini katanya, berdasarka manifesto yang ditulis Tarrant, dia mensasarkan kumpulan 'penakluk' (invader), sama seperti serangan pengganas di Norway pada 2011 yang tidak mensasarkan mana-mana kumpulan etnik tertentu.
"Dan 'penakluk' bagi pandangan Tarrant merupakan orang Islam," katanya lagi.
Ia diburukkan lagi dengan sifat pembunuh berkenaan yang menunjukkan ciri-ciri seorang ‘social outcast’ lantas membentuk jurang antara dia dan masyarakat tempatan terutama Islam Islam di kawasan berkenaan.
#Brenton Tarrant
#Christchurch
#Islam
#Jumaat
#keganasan
#Manifesto
#Muslim
#New Zealand
#New Zealand terrorist
#New Zealand terrorist attack
#pengganas
#radical
#radikal
#serangan
#white power
#white power symbol