Serangan pengganas Christchurch: Dua mangsa cedera dibenarkan pulang
Agensi
Mac 17, 2019 10:19 MYT
Mac 17, 2019 10:19 MYT
Dua mangsa serangan pengganas masjid Christchurch yang dirawat di hospital telah dibenarkan pulang hari ini.
Sementara itu, 34 mangsa yang tercedera masih dirawat di Hospital Christchurch.
Ketua Pembedahan hospital itu, Greg Robertson berkata, 12 mangsa masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan seorang kanak-kanak perempuan telah dipindahkan kepada hospital kanak-kanak.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media pada Ahad.
Menurutnya, ramai mangsa serangan itu yang memerlukan pembedahan akibat kecederaan yang dialami.
Sementara itu, imam Masjid Khadija di Hamilton, Shazly Khan berkata, mangsa warga Malaysia Rahimi Ahmad, 39 tahun, telah selamat menjalani pembedahan bagi mengeluarkan dua peluru di bahagian perut.
Tambahnya, Rahimi kini dilaporkan stabil namun masih tidak sedarkan diri.
#cedera
#Christchurch
#Hospital
#Malaysia
#mangsa
#masjid
#pengganas
#serangan
#Tragedi Solat Jumaat