Serangan pengebom bunuh diri mengorbankan 2 orang di Helmand, Afghanistan
Malissa Sahari
Disember 18, 2017 05:34 MYT
Disember 18, 2017 05:34 MYT
Tindakan pengebom bunuh diri menyebabkan dua orang terkorban sementara 29 yang lain cedera termasuk orang awam di Wilayah Selatan Helmand, di Afghanistan.
Menurut jurucakap polis wilayah itu, Abdul Salam Afghan, suspek dipercayai merempuh sekumpulan polis yang sedang bertugas.
Sementara itu, salah seorang saksi kejadian memberitahu, dia ada terdengar letupan kuat terbabit dan mendapati adik, anak dan pekerjanya antara yang tercedera.
Dia dengan pantas membawa kesemua mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Setakat ini masih belum ada individu atau pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan berkenaan.