Serangan meningkat di Gaza, kakitangan Al Jazeera cari tempat berlindung
Agensi
Oktober 10, 2023 08:33 MYT
Oktober 10, 2023 08:33 MYT
GAZA: Berikutan peningkatan serangan oleh tentera Israel ke atas Gaza dalam beberapa jam lalu, memaksa kakitangan Al Jazeera mencari tempat perlindungan.
Pada pukul 3 pagi waktu tempatan (8 pagi waktu Malaysia), siaran Al Jazeera dari Gaza terpaksa dihentikan disebabkan bimbang dengan tahap keselamatan seluruh kakitangan saluran berita antarabangsa itu.
Menurut penyampai berita Al Jazeera, Nastasya Tay yang berpangkalan di Doha, wartawan-wartawan dan kakitangan stesen itu terpaksa mencari perlindungan disebabkan oleh serangan "dalam tempoh sejam terakhir" berdekatan dengan pejabat Al Jazeera di Gaza.
Pada tahun 2021, bangunan al-Jalaa yang berketinggian 11 tingkat yang menjadi pejabat Al Jazeera dan biro Associated Press juga musnah akibat serangan udara Israel. - Agensi