Serangan London: Trump ulangi pendirian berhubung sekatan perjalanan
Agensi
Jun 4, 2017 11:51 MYT
Jun 4, 2017 11:51 MYT
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan kesediaan AS memberi bantuan kepada Britain susulan serangan di London.
Dalam kemas kini status di akaun Twitter, Trump mengulagi pendiriannya berhubung sekatan perjalanan sebagai satu idea yang baik berupa tambahan kepada kawalan keselamatan sedia ada.
"Mahkamah perlu mengembalikan hak kita. Kita perlukan sekatan perjalanan sebagai langkah kawalan keselamatan tambahan," tulis Trump.
Amerika Syarikat menyelar serangan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai serangan bacul terhadap orang ramai, dan mengulangi tawaran bantuan dalam apa sahaja bentuk kepada Britain.
#bantuan kepada Britain
#Donald Trump
#kawalan keselamatan tambahan
#London
#sekatan perjalanan
#serangan
#serangan di london