Serangan London: Tiga suspek ditembak mati, dua lagi ditahan

Astro Awani
Jun 4, 2017 03:37 MYT
Sekurang kurangnya dua suspek kes serangan di kota London ditahan pihak berkuasa. -Reuters
Sekurang-kurangnya dua suspek kes serangan di kota London ditahan pihak berkuasa.
Dalam laporan The Sun, polis dipercayai berjaya menembak mati tiga lagi suspek.
The Sun turut menyiarkan dua keping foto disyaki suspek yang ditahan pihak berkuasa.
Seorang daripadanya diiringi keluar polis dengan keadaan tangan bergari dari lokasi beberapa minit selepas insiden.
Seorang lagi suspek ditahan di Southwark Bridge.
Lelaki yang memakai seluar celoreng dan vest dengan kanister logam dilihat terbaring di luar.
#London #rempuhan #serangan #suspek