Serangan London: Tiada rakyat Malaysia terlibat - KLN
Astro Awani
Jun 4, 2017 12:30 MYT
Jun 4, 2017 12:30 MYT
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam serangan di London.
Kementerian Luar Negeri, dalam satu kenyataan, berkata pihaknya juga sedang memantau rapi insiden tersebut yang berlaku pada Sabtu, sekitar jam 10 malam waktu tempatan.
Tambahnya, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London juga sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan.
Selain itu, mereka juga akan memberi maklumat terkini dan segera kepada komuniti Malaysia di sekitar London.
Warga Malaysia disaran menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia sekiranya berlaku kecemasan.