Serangan London Bridge: Polis tingkatkan kawalan

Agensi
November 30, 2019 07:04 MYT
Pihak berkuasa London mengesahkan dalang yang dikenal pasti dalam serangan London Bridge pernah didapati bersalah melakukan keganasan sebelum ini. - REUTERS
KETUA Polis Metropolitan London memaklumkan bahawa jumlah anggota polis yang bertugas akan ditingkatkan dan ditempatkan di seluruh bandar selepas serangan keganasan pada Jumaat.
Pesuruhjaya Polis, Cressida Dick berkata demikian selepas melawat London Bridge, lokasi seorang lelaki dikaitkan dengan serangan tersebut yang mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga maut, termasuk suspek.
Jelasnya, penduduk setempat akan melihat lebih ramai pegawai bersenjata dan tanpa senjata melakukan rondaan di kawasan sekitar, selain pegawai penyiasat akan terus menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Terdahulu, pihak berkuasa London mengesahkan dalang yang dikenal pasti dalam serangan London Bridge pernah didapati bersalah melakukan keganasan sebelum ini.
Lelaki berusia 28 tahun itu dikenali sebagai Usman Khan dan pernah disabitkan melakukan keganasan pada 2012.
Dia kemudian dibebaskan pada 2018.
#Cressida Dick #keganasan #London #london bridge #pegawai bersenjata #Pegawai Penyiasat #polis #rondaan #serangan #siasatan #usman khan
;