Serangan kembali tercetus di Rastan
Astro Awani
Jun 29, 2013 18:07 MYT
Jun 29, 2013 18:07 MYT
Tembak menembak dilaporkan kembali berlaku di Rastan, berhampiran Homs susulan tindakan tentera Syria bagi mengawal lokasi strategik serta Damsyik.
Perang juga kembali tercetus di Qaboun.
Tentera kerajaan melancarkan serangan menggunakan senjata berat termasuk kereta kebal dan roket.
Pertempuran kali ini lebih sengit dalam usaha kedua-dua pihak untuk mengawal jalan utama M5 yang menghubungkan Damsyik dan Aleppo melalui Homs dan Rastan.
Sementara itu di Aleppo, ribuan penduduk turun ke jalan selepas sembahyang Jumaat bagi memprotes kempimpinan Presiden Bashar Asssad.
Perang saudara di Syria yang tercetus dua tahun lalu dianggarkan sudah meragut lebih 93,000 nyawa.