Serangan Istanbul: Angka korban meningkat - Gabenor

Agensi
Jun 29, 2016 19:01 MYT
Sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggung jawab ke atas serangan itu, namun kerajaan Turki mendakwa ia angkara militan Daish (IS).
Tiga serangan bom bunuh diri di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk di Istanbul Turki pada Selasa (waktu tempatan) telah mengorbankan 41 nyawa, 13 daripadanya warga asing dan mencederakan 239 yang lain.
Pejabat Gabenor Istanbul dalam satu kenyataan turut memaklumkan 109 dari 239 yang cedera telah dibenarkan keluar dari hospital.
Seorang pegawai kerajaan yang enggan dikenali berkata lima yang terbunuh adalah warga Arab Saudi, dua Warga Iraq dan seorang dari Tunisia, Uzbekistan, China, Iran, Ukraine dan Jordan masing-masing.
LAPOR LANGSUNG: Serangan bom lapangan terbang Istanbul
BACA: Serangan Turki: Apa yang diketahui setakat ini
FOTO: Serangan berdarah di lapangan terbang Ataturk Istanbul
Sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggung jawab ke atas serangan itu, namun kerajaan Turki mendakwa ia angkara militan Daish (IS).
Turki sehingga kini masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga pada tahap tertinggi susulan beberapa siri serangan oleh kumpulan Daish dan militan Kurdish kebelakangan ini.
Daish bagaimanapun tidak pernah mengaku bertanggung jawab ke atas serangan di Turki namun kerajaan Turki menyalahkan kumpulan itu ke atas serangan di Ankara pada Oktober 2015, yang mengorbankan lebih 100 nyawa dan serangan di daerah Istiklal Street yang meragut tiga nyawa pelancong Israel dan seorang Iran.
#bom #Istanbul #Lapangan Terbang Atarturk #serangan bunuh diri #Turki Turkey
;