Serangan Israel: Iran sambung semula penerbangan
Bernama
Oktober 26, 2024 15:00 MYT
Oktober 26, 2024 15:00 MYT
TEHRAN: Iran menyambung semula penerbangan pada pagi Sabtu selepas menghentikannya buat sementara waktu susulan serangan Israel yang menyasarkan tiga wilayah di negara itu.
Jurucakap Pertubuhan Penerbangan Awam Iran berkata penerbangan akan disambung semula pada 9 pagi waktu tempatan selepas penggantungan singkat, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Ja'far Yazerlou membuat kenyataan itu pada pagi Sabtu, beberapa jam selepas rejim Israel menyerang beberapa kedudukan di tiga wilayah iaitu Tehran, Khuzestan dan Ilam.
Terdahulu, pasukan pertahanan udara Iran berkata serangan itu berjaya dipatahkan.
-- BERNAMA