Serangan Israel di lapangan terbang Yaman boleh lumpuh bantuan kemanusiaan - PBB
Agensi
Disember 28, 2024 16:30 MYT
Disember 28, 2024 16:30 MYT
SANAA: Pegawai bantuan Utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Yaman, Julien Harneis memberi amaran sekiranya Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa tidak mampu beroperasi, ia berkemungkinan melumpuhkan operasi bantuan kemanusiaan.
Ini susulan Israel menyasarkan pelbagai sasaran yang dikaitkan dengan pergerakan Houthi yang bersekutu dengan Iran di Yaman termasuk lapangan terbang itu pada Khamis.
Menurut beliau, pihak yang terlibat dalam konflik sepatutnya bertanggungjawab untuk memastikan Israel tidak menyerang sasaran lokasi awam.
Tambah beliau, Isreal sedang menyasarkan serangan ke atas infrastruktur ketenteraan yang mana lapangan Terbang Sanaa tidak pernah menjadi sasaran ketenteraan sejak 2016.
PBB memaklumkan lebih daripada separuh daripada populasi penduduk Yaman, sekitar 18 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan dan dijangka angka meningkat kepada 19 juta orang tahun depan disebabkan keadaan ekonomi yang semakin merosot di negara itu.
Sementara itu, beliau menegaskan serangan udara ke atas pelabuhan Hodeidah amat membimbangkan memandangkan Yaman mengimport hampir 80% daripada keperluan makanan dari pelabuhan itu.