Serangan Florida: Mangsa selamat mahu jumpa 'orang politik'

Agensi
Februari 21, 2018 08:09 MYT
Menaiki bas sewa khas, kumpulan pelajar ini bergerak meninggalkan Coral Springs, 645 kilometer menuju ke Tallahassee - Gambar REUTERS
Sekumpulan pelajar yang terselamat dalam serangan di Marjory Stoneman Douglas High School memulakan perjalanan sejauh 645 kilometer pada Selasa, menuju ke Tallahassee.
Mereka mengembara dengan satu suara, mahu ‘mengejutkan lena’ anggota Parlimen mengenai bahaya yang sedang menanti pelajar sekolah jika udang-undang kawalan senjata tidak segera dilaksana.
Menaiki bas sewa khas, kumpulan pelajar ini bergerak meninggalkan Coral Springs pada tengah hari dan dijangka tiba di ibu negeri itu pada lewat petang.
Mereka merancang mengadakan rapat umum pada Rabu dengan harapan mampu memberi tekanan kepada badan perundangan negeri yang dikuasai Republikan.
Sejak menguasai pejabat gabenor dan Badan Perundangan pada tahun 1999, Republikan telah menolak pelaksanaan sekatan ke atas senjata api.
Namun beberapa anggota dari Grand Old Party (GOP) menyatakan kesediaan mereka untuk mempertimbangkan rang undang-undang bagi membolehkan sekatan berkenaan dikuatkuasa.
BACA: Berjalan 17 km, solidariti untuk 17 mangsa serangan berdarah Florida
#ahli Parlimen #pelajar #Republikan #sekolah #senjata api #serangan
;