Serangan di Rafah tragis namun bukan operasi skala besar - AS

Astro Awani
Mei 28, 2024 07:00 MYT
Rakyat Palestin yang hilang tempat tinggal memeriksa kawasan perkhemahan mereka selepas serangan udara Israel di Rafah. - Foto AP
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berkata mereka sedang memantau dengan teliti siasatan ke atas serangan udara tragis dan terkutuk rejim Israel sehingga membawa maut.
Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS John Kirby, bagaimanapun kematian yang tercetus di Rafah baru-baru ini tidak dianggap sebagai satu operasi ketenteraan berskala besar yang melampaui batas.
"Kami masih tidak percaya bahawa operasi darat besar di Rafah adalah wajar. Kami masih tidak mahu melihat Israel merempuh sebahagian besar Rafah.
"Kami percaya ia tidak akan berlaku namun kami akan perhatikan perkara itu," katanya.
Kematian di Rafah baru-baru ini menguji komitmen Presiden Joe Biden untuk menghentikan penjualan senjata kepada Israel jika sekutunya meneruskan operasi ke atas Rafah.
Kirby berkata bahawa terdapat ancaman bahaya untuk Israel menjadi lebih terasing daripada komuniti antarabangsa sekiranya rejim itu masih ingkar melakukan lebih banyak operasi ketenteraan.
#Rafah #Israel #John Kirby #serangan
;