Serangan di Lubnan: Operasi SAR giat dijalankan
Agensi
September 30, 2024 20:04 MYT
September 30, 2024 20:04 MYT
BEIRUT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan di bandar Ayn ed-Delb, selatan Lubnan, susulan serangan udara Israel pada Ahad.
Di Ayn ed-Delb, di mana serangan Israel telah digambarkan sebagai pembunuhan beramai-ramai, mengakibatkan sekurang-kurangnya 36 terkorban dan 57 yang lain cedera.
Pasukan penyelamat meneruskan usaha mereka hingga ke malam dan berusaha mengeluarkan mayat serta membantu mangsa yang cedera termasuk wanita dan kanak-kanak.
Hezbollah dan Israel terlibat dalam peperangan rentas sempadan sejak permulaan perang Israel ke atas Gaza pada 7 Oktober tahun lalu.
Israel baru-baru ini meningkatkan serangannya, dengan membunuh beberapa komander kanan Hezbollah termasuk pemimpin gerakan itu, Hassan Nasrallah.
Masyarakat antarabangsa memberi amaran bahawa serangan Israel di Lubnan boleh meningkatkan konflik Gaza yang berterusan kepada perang serantau yang lebih luas.