Serangan di London luar jangkaan
AFP
Mei 23, 2013 16:47 MYT
Mei 23, 2013 16:47 MYT
Pembunuhan kejam lelaki yang dipercayai seorang anggota tentera di sebatang jalan di London dalam serangan pengganas sesuatu yang diluar jangkaan tetapi perbuatan itu makin mengukuhkan sokongan warga Britain kepada pasukan keselamatannya.
Dua suspek Muslim ditahan berikutan insiden berkenaan yang berlaku sebelum serangan kerajaan British di Afghanistan.
Seorang lelaki 43 tahun ditahan di Braintree, timur London selepas menuju ke masjid dengan membawa sebilah parang selepas berita pembunuhan di London disebarkan.
Pejabat guaman Brook Nerwmark menulis di Twitter "Sebuah masjid di Braintree diserang oleh lelaki dengan membawa parang. Seorang lelaki ditahan dan tiada yang cedera."
Anggota polis tersebut telah ditembak dan dicederakan oleh dua penyerang yang berhimpun di Woolwich tenggara London.
Sewaktu serangan, 250 penyokong anti Islam Liga Pertahanan Inggeris (EDL) berhimpun di stesen tren Woolwich.
Kumpulan berkenaan melempar botol dan terlibat dengan pertelingkahan dengan polis dan kemudian telah dileraikan.
"Kami bunuh askar British ini. Dia merupakan seorang pengintip," berdasarkan petikan rakaman.
Dalam satu artikel bertajuk "Mata dibalas mata, gigi dibalas gigi. Kami tidak akan berhenti sehinggalah kamu meninggalkan kami."
Turut memetik sumber "Kamu semua tidak akan selamat," perkataan yang tertulis atas gambar suspek dengan tangan berlumuran darah sambil menghunus parang.
Daily Mail turut menggunakan gambar sama di muka hadapan bertajuk "Darah ditangannya, kebencian di matanya".
The Sun menggambarkan serangan sebagai perkara yang sukar dipercayai di ruangan editorialnya.