Serangan di konsulat China: Tiga pengebom bunuh diri maut
Astro Awani
November 23, 2018 07:26 MYT
November 23, 2018 07:26 MYT
Tiga pengebom bunuh diri mati ditembak selepas melakukan serangan di bangunan konsulat China di Karachi pada Jumaat.
Kejadian turut menyebabkan empat mangsa lain terbunuh, termasuk dua anggota polis.
Kesemua penyerang dilaporkan cuba membolosi premis tersebut dengan menaiki kenderaan yang dipenuhi bahan letupan namun gagal.
Kumpulan pemberontak Baloch Liberation Army (BLA) mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan.
Ia dilaporkan bertujuan membantah projek China yang dikaitkan dengan inisiatif 'Belt and Road' di Baluchistan.
Perdana Menteri Pakistan Imran Khan menganggap kejadian itu sebagai sebahagian daripada konspirasi terhadap kerjasama ekonomi strategik antara Pakistan dan China.
Beliau turut menggesa agar siasatan segera dijalankan berhubung kejadian itu.