Serangan di Gaza: Israel sasar penempatan awam, angka korban meningkat kepada 119

Khairunnisa Kasnoon
Mei 14, 2021 22:09 MYT
Penduduk terpaksa mencari tempat perlindungan sementara di pusat bandar Gaza ketika artileri Israel menghentam utara Gaza, berhampiran kawasan awam yang padat. - Gambar/ Reuters
KETIKA umat Islam seluruh dunia menyambut Aidilfitri, rakyat Palestin di Gaza belum dapat menarik nafas lega apabila masih menjadi sasaran pengeboman berterusan tentera Israel.
Mereka terpaksa mencari tempat perlindungan sementara di pusat bandar Gaza ketika artileri Israel menghentam utara Gaza, berhampiran kawasan awam yang padat.
Ramai penduduk menumpang berlindung di sekolah yang dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan membawa bantal, kuali, selimut dan roti.
Seorang pelarian, Hedaya Maarouf berkata, keluarganya merancang untuk keluar menyelamatkan diri pada waktu malam, tetapi serangan bertubi-tubi tentera Israel membuatkan mereka takut dan memilih keluar pada waktu siang.
“Kami mula bergerak ke sekolah itu (penempatan sementara) pada waktu siang.
"Kami rasa seperti tidak percaya melihat bagaimana anak-anak kami menjerit dan menangis ketakutan.
"Apabila kami bangun pagi, kami dapati semua di sekitar kami musnah akibat dibom. Tiada apa yang tinggal,” ujarnya.
Kementerian Kesihatan Gaza pada Jumaat memaklumkan, jumlah kematian kini meningkat kepada 119 orang termasuk 31 kanak-kanak dan 19 wanita, dengan 830 orang cedera.
Krisis Asia Barat | MyAqsaDefenders sasar kumpul 10 juta bantu Palestin
#Aidilfitri #Israel #Gaza #Palestin #Gaza diserang #Zionis #angka korban meningkat #kemas kini #119 #maut #cedera #Kanak-kanak #wanina #penempatan awam
;