Serangan Christchurch: Penyerang masjid, bunuh 51 jemaah didakwa lakukan keganasan
Agensi
Mei 21, 2019 16:43 MYT
Mei 21, 2019 16:43 MYT
PENGGANAS yang dituduh menembak mati 51 jemaah dalam serangan di dua masjid Christchurch telah didakwa dengan tuduhan keganasan, kata polis New Zealand.
Brenton Tarrant didakwa dengan pertuduhan "terlibat dalam perbuatan pengganas", menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Tarrant, warga Australia juga berhadapan dengan tuduhan membunuh dan 40 percubaan pembunuhan berikutan serangan pada 15 Mac itu.
Tarrant dijangka dihadapkan semula ke mahkamah Jun ini.
Walau bagaimanapun, terdapat perdebatan di New Zealand mengenai bagaimana perbicaraan itu akan berlangsung, kerana ada kemungkinan ia akan mengambil masa yang panjang dan berpotensi menjadi platform untuk pandangan ekstremis diperkatakan.
Serangan berkenaan mengorbankan lebih 50 umat Islam semasa mereka hendak menunaikan solat Jumaat di dua buah masjid iaitu Masjid Al Noor dan Masjid Linwood.
#Brenton Tarrant
#Christchurch
#Islam
#mahkamah
#Masjid Al Noor
#Masjid Linwood
#New Zealand
#pengganas
#serangan
#Tragedi Christchurch