Serangan bom tangan di Ethiopia, ragut satu lagi nyawa - menteri
Bernama
Jun 25, 2018 13:18 MYT
Jun 25, 2018 13:18 MYT
Seorang lagi mangsa yang cedera dalam insiden serangan bom tangan pada perhimpunan dihadiri Perdana Menteri Abiy Ahmed di ibu negara Ethiopia pada Sabtu, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Black Lion.
Kejadian itu menyebabkan 150 mangsa cedera dan setakat ini dua disahkan terbunuh.
Pada Ahad, polis berada di tempat kejadian bagi mengumpul bukti, kata pegawai.
Susulan kejadian itu, sembilan pegawai polis, termasuk ketua timbalan suruhanjaya polis Addis Ababa, ditahan yang menurut pihak berkuasa penahanan tersebut atas sebab keselamatan.
Enam suspek lain ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan, meskipun pihak berkuasa tidak mengatakan secara terbuka siapa yang mungkin bertanggungjawab.
Menteri Kesihatan Amir Aman menerusi twitternya yang dimuat naik pada 11 pagi Ahad menyatakan, dua orang terbunuh dan 156 lagi cedera, dengan lima daripadanya kritikal.
Serangan berlaku beberapa saat selepas Abiy menamatkan ucapannya di Meskel Square, Addis Ababa.
-- BERNAMA-NNN-AGENCIES
#Abiy Ahmed
#Addis Ababa
#bom
#ethiopia
#keselamatan
#mangsa
#Perdana Menteri
#perhimpunan
#polis
#serangan