Serangan bom kereta: 8 maut, 15 cedera termasuk Ahli Parlimen Afghanistan

Khairunnisa Kasnoon
Disember 20, 2020 21:07 MYT
Serangan bom kereta pada pagi Ahad itu mengorbankan lapan mangsa dan mencederakan 15 yang lain. -Gambar/ Reuters
SEKURANG-KURANGNYA lapan orang maut selepas sebuah kereta yang dipasang bom meletup di Kabul pada pagi Ahad.
Menurut pihak berkuasa, serangan itu turut mencederakan 15 yang lain termasuk Ahli Parlimen, Khan Mohammad Wardak.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu.
Sejak beberapa bulan lalu, militan Daish mengaku bertanggungjawab atas banyak serangan di ibu kota Kabul itu.
Keganasan di Afghanistan terus melonjak walaupun ketika perunding Taliban dan pemerintah negara itu berunding untuk menyelesaikan perjanjian damai bagi mengakhiri perang selama puluhan tahun.
#Taliban #Afghanistan #Parlimen #maut #militan #bom #keganasan #serangan #kereta #cedera #daish
;