Serangan bom di lokasi perhimpunan politik Pakistan

Astro Awani
Januari 1, 2013 23:26 MYT
Di Karachi, sekurang-kurang empat orang maut manakala berpuluh lagi cedera apabila sebiji bom meletup berhampiran lokasi perhimpunan sebuah parti politik.
Menurut polis, bom dipercayai di pasang pada sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran bas yang membawa anggota Parti Pergerakan Muttahida Qaumi.
Perhimpunan berkenaan diadakan bagi mendesak kerajaan mengubah sistem pilihan raya menjelang pilihan raya umum negara berkenaan.
Dalang serangan belum dikenal pasti.
#Karachi #Perhimpunan Parti Pergerakan Muttahida Qaumi #serangan bom