Serangan bom di Kabul, tiga terbunuh termasuk timbalan gabenor wilayah

Khairunnisa Kasnoon
Disember 15, 2020 22:57 MYT
Pasukan keselamatan memeriksa kawasan serangan bom yang mensasarkan wakil gabenor wilayah Mahbobullah Mohibi yang turut terbunuh bersama setiausahanya dalam serangan tersebut. - Gambar REUTERS
KABUL: Tiga termasuk seorang wakil gabenor wilayah maut dalam serangan bom dan kejadian tembak-menembak di Kabul, Afghanistan.
Menurut pihak berkuasa, bom yang diletakkan pada kenderaan perisai milik timbalan gabenor wilayah Kabul itu turut mencederakan dua mangsa lain.
Wakil gabenor wilayah dan juga sasaran serangan, Mahbobullah Mohibi, terbunuh bersama setiausahanya sementara dua pengawalnya cedera.
Dalam serangan lain di Kabul, seorang lelaki bersenjata menembak dan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan seorang anggota polis yang lain.
Polis memaklumkan, siasatan lanjut sedang dijalankan.
Sekatan ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan terbabit.
#Afghanistan #Kabul #serangan bom #gabenor wilayah #Mahbobullah Mohibi
;