Serangan bersiri Paris: Tiada rakyat M'sia dilaporkan terbabit insiden - Kementerian Luar

Astro Awani
November 14, 2015 04:59 MYT
Malaysia turut mengutuk keras serangan ganas di Paris yang membunuh 153 orang awam. - Foto Reuters
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam insiden serangan di sekitar Paris, Perancis sehingga ini.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan memantau rapat situasi di Paris menerusi Kedutaan Malaysia di sana.
Warga Malaysia yang tinggal di Paris, atau yang mahu memulakan perjalanan ke sana dinasihatkan agar berhati-hati ketika di kawasan awam dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Ahli keluarga serta mereka yang memerlukan maklumat boleh menghubungi talian Wisma Putra 03-88874570.
Malaysia turut mengutuk keras serangan ganas di Paris yang membunuh 153 orang awam.
FOTO: Serangan bersiri di Paris, sekurang-kurangnya 153 maut
#Jerman #Kedutaan Malaysia #Kementerian Luar #Paris #Perancis #Stade de France