Serangan bersenjata di pusat pemulihan dadah, 24 orang disahkan maut

Agensi
Julai 2, 2020 00:03 MYT
Suspek dikatakan telah melepaskan tembakan yang sekali gus menyaksikan 24 individu terbunuh. - Gambar REUTERS
Satu kejadian serangan bersenjata berlaku di sebuah pusat pemulihan dadah yang tidak berdaftar di bandar Irapuato, Mexico.
Suspek dikatakan telah melepaskan tembakan yang sekali gus menyaksikan 24 individu terbunuh.
Menurut pihak berkuasa, tujuh yang lain turut mengalami kecederaan dengan tiga daripada mereka dilaporkan dalam keadaan serius.
Motif kejadian sedang disiasat namun Gabenor Diego Sinhue Rodríguez Vallejo percaya, serangan tersebut ada kaitan dengan kartel dadah.
Ini merupakan salah satu serangan paling teruk di pusat pemulihan itu sejak 2010 apabila 19 orang terbunuh di bandar Chihuahua.
#Chihuahua #Dadah #Mexico #pusat pemulihan dadah #Sinhue Rodr guez Vallejo
;