Serangan berdarah Florida: Trump sedia bincang isu keselamatan di sekolah
Agensi
Februari 20, 2018 06:28 MYT
Februari 20, 2018 06:28 MYT
Hampir seminggu selepas serangan berdarah yang meragut 17 nyawa di sebuah sekolah di Florida, Donald Trump akhirnya membuka mulut.
Menurut kenyataan rasmi White House Presiden Amerika Syarikat (AS) itu sedia untuk bertemu pelajar, guru dan pihak berkuasa bagi membincangkan kaedah bagi meningkatkan lagi keselamatan di sekolah.
Trump juga bersedia membincangkan lebih lanjut mengenai keganasan melibatkan senjata api selepas usaha untuk membincangkannya di Kongres sebelum ini gagal.
Dalam perkembangan berkaitan Trump memaklumkan telah menandatangani memo bagi mengarahkan Jabatan Keadilan AS untuk mencadangkan peraturan bagi mengharamkan semua bentuk peranti termasuk yang digunakan dalam pembunuhan besar-besaran di Las Vegas tahun lalu.
“Proses bermula pada Disember tahun lalu dan saya juga telah menandatangani memorandum mengarahkan Peguam Negara untuk mencadangkan peraturan untuk mengharamkan semua jenis peranti yang boleh dijadikan sebagai mesingan.
“Saya jangka ia dapat dimuktamadkan dalam waktu terdekat.” jelas Trump.
Pengumuman Trump itu dibuat dalam majlis penghargaan buat wira-wira negara di Washington.
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#keselamatan
#pelajar
#presiden
#sekolah
#serangan
#Washington
#White House