Serangan berdarah di Paris terpampang di dada akhbar antarabangsa
Astro Awani
November 14, 2015 19:30 MYT
November 14, 2015 19:30 MYT
Insiden serangan bersiri Paris menjadi fokus muka depan akhbar-akhbar antarabangsa memandangkan tragedi itu adalah perkembangan yang sangat mengejutkan.
Dari aspek nilai berita, ia seharusnya menjadi pilihan penerbitan siaran yang wajib.
Walaupun ketika kejadian, waktu sudah larut malam dan menjadi kelaziman mana-mana syarikat akhbar untuk bersedia mencetak edisi masing-masing, insiden itu membuatkan banyak syarikat penerbitan menukar laporan muka depan pada saat-saat akhir.
Kejadian yang berlaku pada malam Sabtu waktu tempatan itu menyebabkan ratusan nyawa menjadi mangsa kepada situasi keganasan dan motif yang tidak jelas tujuannya.
Berikut adalah antara beberapa tajuk utama akhbar di Perancis:
Di United Kingdom, The Daily Telegraph, The Sun, The Times Saturday, I Weekend dan Birmingham Mail turut memaparkan kisah tragedi di Paris.
Di Amerika Syarikat – Los Angeles Times tampil dengan tajuk ‘Paris Under Siege’.
'Slaughter' (penyembelihan) merupakan perkataan yang digunakan oleh akhbar Tampa Bay Times.
Namun di Lebanon, akhbar L’Orient Le Jour tampil dengan tajuk 'Keganasan sama, tangisan yang sama' susulan dua insiden letupan berani yang mengorbankan 43 nyawa oleh kumpulan militant Negara Islam (IS) di negara itu.