Serangan berani mati Pakistan meragut 23 nyawa
Astro Awani
Februari 1, 2013 07:27 MYT
Februari 1, 2013 07:27 MYT
Serangan berani mati di Pakistan meragut sekurang-kurangnya 23 nyawa dan mencedera lebih 50 yang lain.
Kejadian dekat bandar Hangu, di wilayah Khyber Pakhtunkhwa mensasarkan pengikut Syiah.
Menurut pihak berkuasa, penyerang meletupkan diri di salah satu pintu keluar masjid ketika jemaah selesai menunaikan solat Jumaat.
Letupan kuat menyebabkan kerosakan kedai berhampiran.
Saksi mendakwa sejurus selepas kejadian, mayat mangsa dan mereka yang cedera bergelimpangan.
Setakat ini, tiada mana-mana kumpulan mengaku bertanggungjawab mendalangi perbuatan.
Bagaimanapun terdapat andaian, ia kemungkinan dilakukan rangkaian kumpulan Taliban Pakistani ataupun Lashkar-e-Jhangvi, yang menjadikan pengikut Mazhab Syiah sasaran serangan.
Bulan lalu, 86 maut dalam sengket Mazhab di Quetta.