Serangan bar di Mexico, 23 maut, 13 cedera

Astro Awani
Ogos 29, 2019 08:33 MYT
Pegawai polis berkawal di luar sebuah bar di mana pada malamnya telah berlakunya satu serangan yang mengakibatkan lebih 20 orang maut, di Coatzacoalcos, Mexico, awal pagi 28 Ogos, 2019. (Foto AP)
Sekurang-kurangnya 23 terbunuh dan 13 yang lain cedera dalam satu kebakaran yang berlaku membabitkan sebuah bar, dipercayai dilakukan dengan sengaja oleh penyerang.
Serangan dipercayai menggunakan bom petrol, mengorbankan lapan wanita dan 15 lelaki yang berada di premis berkenaan ketika itu.
Pihak berkuasa tempatan menyatakan serangan itu ada kaitan dengan pergaduhan antara kongsi gelap.
Bar berkenaan terletak di sebuah kawasan sibuk di bandaraya ini, di negeri Veracruz.
Ia berlaku lapan tahun selepas serangan di sebuah kasino di Monterrey yang membunuh 52 orang.
Serangan pada 2011 itu didalangi kartel dadah yang dipercayai mahu mendapatkan bayaran perlindungan daripada kasino itu.
Negeri berkenaan sering menjadi medan pertumpahan darah antara sindiket dadah di Mexico yang saling bersaing antara satu sama lain.
#bar #bayaran perlindungan #bom petrol #Dadah #kasino #Mexico #pertumpahan darah #serangan
;