AS serang Syria: Gabenor Homs sifatkan serangan 'penuhi sasaran pengganas'
Reuters
April 7, 2017 11:43 MYT
April 7, 2017 11:43 MYT
Gabenor daerah Homs di Syria menyifatkan serangan peluru berpandu Amerika Syarikat ke atas beberapa lokasi ketenteraan Bashar Al-Assad sebagai tindakan yang memenuhi matlamat kumpulan pengganas bersenjata dan militan.
"Kepimpinan Syria dan dasar Syria tidak akan berubah," ujar gabenor Homs Talal Barazi dalam satu temubual telefon dengan stesen televisyen tempatan.
"Serangan ini bukan yang pertama dan saya percaya bukan yang terakhir," tambahnya.