AS serang Syria: 7 perkara yang kita ketahui setakat ini

Astro Awani
April 7, 2017 15:57 MYT
59 peluru berpandu Tomahawk dilancar dari kapal perang tentera laut AS - Foto REUTERS
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump hari ini mengarahkan serangan ketenteraan ke atas pangkalan udara Shayrat di bawah kawalan tentera Bashar Al-Assad di Syria.
Arahan tersebut, menurut Trump, merupakan tindakan Amerika Syarikat selepas ‘segala usaha bertahun-tahun lamanya untuk mengubah sikap Bashar Al-Assad tidak berjaya.’
Berikut merupakan 7 fakta mengenai serangan tersebut:
1- Serangan tersebut dilancarkan sebagai tindak balas serangan senjata kimia oleh Bashar Al-Assad yang mengorbankan sekurang-kurangnya 70 nyawa termasuk 20 orang kanak-kanak di bandar Khan Sheikoun pada Selasa lalu.
BACA: Trump arah serangan ketenteraan ke atas pangkalan udara Assad di Syria
2- Sejumlah 59 peluru berpandu dilancar oleh tentera laut Amerika Syarikat dari kapal perang di Laut Mediterranean.

#AWANInews #AWANIbyte AS serang Syria. Ikuti lapor langsung & perkembangan terkini di https://t.co/hJnX2DGkB2 dan Astro CH501. pic.twitter.com/Hv95vFOkGO

— Astro AWANI (@501Awani) April 7, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
3- Beberapa sasaran utama serangan tersebut termasuklah landasan udara, pesawat, dan stesen bahan api kesemuanya di pangkalan udara Shayrat.
BACA: AS lancar serangan peluru berpandu terhadap tentera Syria
4- Empat orang tentera Syria disahkan terbunuh dan pangkalan udara Shayrat disifatkan ‘hampir musnah’ akibat serangan AS.
5- Gabenor daerah Homs di Syria menyifatkan serangan peluru berpandu Amerika Syarikat ke atas beberapa lokasi ketenteraan Bashar Al-Assad sebagai tindakan yang memenuhi matlamat kumpulan pengganas bersenjata dan militan.
BACA: Gabenor Homs sifatkan serangan penuhi 'sasaran pengganas'
6- Beberapa negara seperti Israel, United Kingdom, Turki dan Australia telah menyuarakan sokongan penuh terhadap serangan ke atas Syria.
7- Pemimpin parti Republikan berbeza pendapat tentang serangan Trump. Calon presiden 2008 Senator John McCain dan Speaker Paul Ryan kedua-duanya menyokong tindakan Trump. Senator Rand Paul sebaliknya bertegas Trump sepatutnya meminta izin Kongres sebelum serangan dilancarkan.
Ikuti lapor langsung dan perkembangan terkini serangan AS ke atas Syria di Live TV Astro AWANI juga menerusi Astro saluran 501.
#AS serang Syria #Bashar al-Assad #Donald Trump #Syria
;