Serang jemaah masjid Christchurch, tragedi hitam kemanusiaan - Anwar

Astro Awani
Mac 15, 2019 06:00 MYT
Astro AWANI sedang memantau jumlah mangsa terkorban dalam tragedi berdarah ini. - Foto AP Newsroom
Insiden tembakan rambang yang mensasarkan jemaah solat Jumaat di Christchurch, New Zealand adalah tragedi hitam terhadap kemanusiaan dan keamanan sejagat.
Saya berasa sangat sedih dan kesal dengan tindakan tidak bertamadun, bercanggah dengan nilai kemanusiaan yang meragut nyawa orang awam.
Saya mengutuk sekeras-kerasnya dan terus mengikuti rapat insiden tembakan rambang. Menurut Polis New Zealand, situasi masih bahaya dan mereka masih dalam usaha memberkas pelaku tersebut.
Saya dimaklumkan seorang warganegara Malaysia dilaporkan cedera dan kini dalam keadaan yang stabil. Saya berharap mangsa kuat dan cekal ketika melalui saat ini dan pulih seperti sedia kala.
Kami mengutuskan simpati yang mendalam dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan warga New Zealand.
#Anwar Ibrahim #mangsa #New Zealand #orang awam #Solat Jumaat #tembakan #tembakan rambang Christchurch #tembakan solat jumaat #Tragedi Solat Jumaat #ucapan takziah #warga Malaysia