Sepuluh terselamat, bot terbakar di Teluk Tokyo Jepun

Bernama
Julai 19, 2023 22:59 MYT
Pengawal pantai menerima panggilan kecemasan kira-kira 1:00 petang waktu tempatan mendakwa enjin bot berkenaan telah terbakar, lapor Xinhua. - Gambar hiasan/unsplash
TOKYO: Seramai sepuluh orang berjaya diselamatkan selepas sebuah bot yang dinaiki terbakar di Teluk Tokyo pada Rabu, menurut Pengawal Pantai Jepun.
Pengawal pantai menerima panggilan kecemasan kira-kira 1:00 petang waktu tempatan mendakwa enjin bot berkenaan telah terbakar, lapor Xinhua.
Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini, manakala bot terbabit telah karam.
Menurut pengawal pantai, bot itu sedang belayar kira-kira enam kilometer timur laut dari lapangan terbang Haneda Jepun.
--BERNAMA-XINHUA
#panggilan kecemasan #karam #kebakaran #pengawal pantai
;